kumpulan pertama vaksin

Berita

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 dijangka tiba di Iran 4 Feb

KUMPULAN pertama vaksin COVID-19 dijangka tiba di Iran dari Rusia pada 4 Feb, kata jurucakap pihak berkuasa penerbangan awam Mohammad Hassan Zibakhsh pada Selasa. Iran Mahan Air ditugaskan untuk mengangkut bekalan pertama vaksin itu ke Iran, lapor Agensi Berita Iran (IRNA). Vaksin berkenaan dijadual tiba di Iran menerusi tiga penerbangan. –