
Kemunculan kerjaya baharu dorong Bumiputera beralih daripada bidang profesional
KEMUNCULAN kerjaya baharu yang terbentuk daripada minat seperti pempengaruh dan menawarkan pendapatan lumayan dilihat menjadi antara punca golongan Bumiputera beralih daripada menyertai sesetengah bidang profesional. Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Dr Mohd Izwan Mahmud berkata meskipun penghijrahan kerjaya itu belum menunjukkan perkembangan ketara namun ketidakseimbangan antara Bumiputera dan