
Tengku Zafrul ke Parlimen untuk bentang Bajet 2023
MENTERI Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan Kementerian Kewangan kira-kira 2.30 petang untuk ke Parlimen bagi membentangkan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 4 petang ini. Sebelum itu Tengku Zafrul menyertai bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail di lobi utama