
Malaysia perhebat usaha tarik pelancong India
MALAYSIA mempergiat usaha mempromosikan pelancongan di India memandangkan ketibaan pelancong dari negara Asia Selatan itu menunjukkan trend pertumbuhan yang memberangsangkan. Dalam kempen terbaru untuk menarik minat pengunjung dari India, seramai 39 pempamer Malaysia menyertai pameran South Asia Travel and Tourism Exchange (SATTE) di kawasan Greater Noida dekat New Delhi. Antara yang menyertai acara yang