Berita

Ahli Parlimen Batu, Prabakaran dilantik Pengerusi MITRA

Kredit foto: Malay Mail
- Diterbit 7 Februari 2024 4:12 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) berkuat kuasa serta merta.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa pelantikan ini adalah bagi menggantikan Datuk Ramanan Ramakrishnan yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Perdana Menteri berharap pelantikan ini dapat memastikan MITRA terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna dalam mengangkat darjat dan sosio-ekonomi masyarakat India,” tulis kenyataan itu hari ini.

Prabakaran merupakan Ahli Parlimen Batu dan telah memenangi kawasan tersebut untuk penggal kedua.

Beliau turut menempa sejarah sebagai Ahli Parlimen termuda apabila memenangi kawasan tersebut dalam pilihanraya ke-14 yang lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas