
Adu terus kepada KPM jika berlaku kenaikan harga makanan di kantin sekolah
SEKIRANYA berlaku kenaikan harga makanan di kantin pada sesi persekolahan akan datang, aduan boleh diajukan secara terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM). Menteri berkenaan Fadhlina Sidek bagaimanapun berkata pihaknya akan meminta sekolah mengambil tindakan sewajarnya terlebih dahulu kerana isu itu adalah antara pihak sekolah dan pengusaha kantin. Beliau berkata pihaknya akan memberi perhatian sewajarnya