Hadiah Nobel

Berita

Ahli genetik Sweden menang Hadiah Nobel perubatan atas penemuan evolusi manusia

AHLI genetik Sweden Svante Paabo dianugerah Hadiah Nobel 2022 dalam fisiologi atau perubatan pada Isnin, hasil penemuannya dalam bidang evolusi manusia. Perhimpunan Nobel di Sweden memberi penghormatan kepada Paabo “atas penemuannya mengenai genom hominin yang telah pupus serta evolusi manusia”, lapor Agensi Anadolu. Paabo yang dilahirkan pada 1955, ialah pakar