Berita

Ahli genetik Sweden menang Hadiah Nobel perubatan atas penemuan evolusi manusia

- Diterbit 3 Oktober 2022 2:35 PM MYT

AHLI genetik Sweden Svante Paabo dianugerah Hadiah Nobel 2022 dalam fisiologi atau perubatan pada Isnin, hasil penemuannya dalam bidang evolusi manusia.

Perhimpunan Nobel di Sweden memberi penghormatan kepada Paabo “atas penemuannya mengenai genom hominin yang telah pupus serta evolusi manusia”, lapor Agensi Anadolu.

Paabo yang dilahirkan pada 1955, ialah pakar dalam bidang genetik evolusi. Beliau antara pengasas paleogenetik yang mengkaji secara meluas mengenai genom Neanderthal.

Ia Hadiah Nobel pertama yang dianugerahkan tahun ini. Lebih banyak pengumuman akan dibuat sepanjang minggu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas