gerai

Berita

Pasar Siti Khadijah jadi transit rokok seludup – Kastam Kelantan

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mendapati ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan menjadikan Pasar Siti Khadijah di sini sebagai transit bagi penyeludupan rokok haram. Kegiatan itu dikesan hasil serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasa Kastam di pasar itu pada pukul 10.30 pagi semalam hasil risikan dan maklumat awam.