#DBKL #rokok #vape

Berita

DBKL keluar lebih 1,500 notis kompaun kesalahan rokok, vape sehingga Februari

LEBIH 1,500 notis kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi kesalahan merokok dan menghisap vape di tempat awam sekitar ibu negara sejak Januari hingga Februari tahun ini. Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL, Khairul Anuar Md Juri berkata notis kompaun tersebut dikeluarkan berikutan kesalahan merokok dan menghisap vape di kawasan larangan