
COVID-19: Bekalan stok vaksin sedia ada mencukupi
BEKALAN vaksin COVID-19 sedia ada masih mencukupi untuk masyarakat awam yang ingin mengambil dos penggalak terutama golongan berisiko tinggi dan komorbid, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. Beliau berkata pengambilan dos penggalak adalah mudah dengan hanya ‘walk-in’ atau melakukan janji temu di klinik kesihatan dan hospital.