Covid-19

Berita

COVID: Kru kapal dari Malaysia antara enam kes import baharu di Singapura

SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 51 tahun merupakan antara enam kes import baharu COVID-19 dilaporkan di Singapura pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan republik itu. Kementerian itu memaklumkan lelaki berkenaan adalah seorang kru kapal yang tiba dari Malaysia dan diuji semasa berada di atas kapal. Pemegang pas lawatan jangka pendek itu tidak menunjukkan

Berita

Kemas kini aplikasi MySejahtera untuk dapatkan vaksin COVID-19

ORANG ramai kini boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera versi 1.0.28. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pelaksanaan program imunisasi itu. Majlis pelancaran diadakan selepas Perdana Menteri menerima suntikan pertama daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya kira-kira pukul

Berita

Muhyiddin terima suntikan vaksin COVID-19, program vaksinasi di Malaysia bermula

TAN Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19, menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, yang menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. Perdana menteri menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11 di sini, yang

Berita

Lebuh raya terus diurus dengan baik ketika pandemik, PKP – LLM

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) meneruskan peranannya menguruskan infrastruktur lebuh raya dengan baik sepanjang menghadapi pandemik COVID-19 di negara ini. Ketua Pengarah LLM Datuk Mohd Shuhaimi Hassan berkata infrastruktur lebuh raya adalah penting kepada kerajaan dan negara yang turut menjadi laluan utama pengangkutan vaksin COVID-19 sejak 21 Feb lepas. “Lebuh raya berperanan sebagai

Berita

Olimpik: Idam emas, tetapi perlu realistik

DENGAN persiapan untuk Olimpik Tokyo terganggu disebabkan keadaan semasa akibat pandemik COVID-19, ratu terjun negara Pandelela Rinong merasakan sasarannya untuk meraih pingat emas Olimpik bukanlah satu sasaran yang realistik. Penerjun berusia 27 tahun dari Kuching itu mengakui, walaupun menjadi impian dan harapannya untuk meraih pingat emas Olimpik, namun pingat perak

Berita

Agihan bekalan vaksin berperingkat ikut keperluan setiap PPV

BEKALAN vaksin yang diagihkan kepada setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuat secara berperingkat mengikut keperluan jumlah penerima vaksin dan berdasarkan kesesuaian masa. Bercakap kepada Bernama, Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) A’tia Hashim menjelaskan prosedur pemberian itu bagi menjamin dan menjaga kualiti vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang