COVID: Kru kapal dari Malaysia antara enam kes import baharu di Singapura

COVID: Kru kapal dari Malaysia antara enam kes import baharu di Singapura

SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 51 tahun merupakan antara enam kes import baharu COVID-19 dilaporkan di Singapura pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Kementerian itu memaklumkan lelaki berkenaan adalah seorang kru kapal yang tiba dari Malaysia dan diuji semasa berada di atas kapal.

Pemegang pas lawatan jangka pendek itu tidak menunjukkan gejala, menurut kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan di sini lewat malam tadi.

Kes import lain ialah dari India, Indonesia, Jepun dan Sri Lanka.

Mereka merupakan antara tujuh kes baharu dicatatkan di Singapura pada Rabu manakala satu lagi kes adalah penularan tempatan, menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kepada 59,890 kes.

Setakat ini, kementerian mengklasifikasikan 3,056 daripada kes dilaporkan sebagai import, 2,323 adalah kes komuniti dan 54,511 kes melibatkan penghuni asrama. – BERNAMA

 

CATEGORIES
TAGS