
Berita
Gempa bumi sederhana gegar rantau kepulauan Filipina
GEMPA bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda rantau kepulauan Filipina, pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada pukul 8 pagi itu berpusat di 189 kilometer (km) utara dari Pulau Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA