Berita

Gempa bumi sederhana gegar rantau kepulauan Filipina

- Diterbit 8 Februari 2021 3:09 AM MYT

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda rantau kepulauan Filipina, pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada pukul 8 pagi itu berpusat di 189 kilometer (km) utara dari Pulau Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas