
Zaliha santuni mangsa banjir di Labuan
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menyantuni mangsa banjir yang di pusat pemindahan sementara (PPS) Rancha-Rancha di sini, hari ini. Beliau yang tiba ke Labuan bagi lawatan kerja selama dua hari bermula Sabtu lalu ke pulau ini berkesempatan meninjau dan menyantuni dua buah keluarga yang terjejas.