Berita

Akta kawalan produk merokok, vape berkuasa kuasa 1 Oktober ini

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bermula 1 Oktober ini. Menurut kementerian tersebut, ia merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam. “Peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan ini termasuk rokok elektronik,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Berita

Akta tertentu diteliti pertimbang hukuman berat untuk curi kabel komunikasi – Fahmi

KERAJAAN sedang meneliti akta tertentu bagi mempertimbangkan hukuman lebih berat untuk kesalahan berkaitan kegiatan mencuri kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ketika ini proses dapatan, maklum balas dan beberapa perkara dalam bidang kuasa atau di bawah Kanun Keseksaan sedang diambil kira sebelum ia dikuatkuasakan. “Pada

Berita

Akta Juruukur Bangunan sedang dirangka – Nik Nazmi

KERAJAAN sedang merangka Akta Juruukur Bangunan bagi mengawal selia profesion dan amalan juruukur bangunan serta tadbir urus yang baik berkaitan industri pembinaan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad. Nik Nazmi berkata akta itu masih di peringkat perbincangan bersama pemain industri untuk diperhalusi. “Akta ini belum

Berita

Wujudkan akta khas lindungi Institusi Diraja

PERBUATAN menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Institusi Raja-Raja Melayu (RRM) perlu dibanteras kerana ia jelas telah melanggar prinsip Rukun Negara kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Bekas Felo Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abdul Muis berkata perbuatan tersebut merupakan bibit-bibit yang sedang bercambah apabila tindakan

Berita

Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April

AKTA Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali. Beliau berkata Seksyen 4, 14, 26, dan 28 akta itu, akan berkuat kuasa pada tarikh yang

Berita

Pengisian Program Rakan Muda perlu dijadikan agenda nasional

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pengisian program Rakan Muda dijadikan agenda nasional, dengan mengambil pendekatan menyeluruh bagi memastikan waktu lapang golongan belia diisi dengan aktiviti bermanfaat. Beliau berkata program anjuran Rakan Muda perlu turut menjadi platform kepada pengukuhan intergrasi nasional dan perpaduan kaum. Ahmad Zahid berkata beliau menekankan