
Achey terharu pengorbanan guru, sumbang 10,000 botol sanitizer
DALAM usaha mencegah penularan pandemik COVID-19 yang kini semakin membimbangkan, cecair pembasmi kuman atau sanitizer antara alat perlindungan yang sangat penting. Menyedari hal itu, pelawak terkenal yang juga duta SugarBomb, Achey bersama pasukannya menyumbangkan cecair berkenaan kepada sekolah menengah dan tadika sekitar Lembah Klang, selain Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang.