
DNB umum lantik ahli lembaga pengarah baharu
DIGITAL Nasional Bhd (DNB) telah melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi, berkuat kuasa 24 April, 2024. DNB dalam satu kenyataan hari ini berkata ini berikutan perjanjian langganan saham yang ditandatangani di antara DNB, Kementerian Kewangan Diperbadankan dan lima pengendali rangkaian mudah alih (MNO)