WK2

Tong sampah pintar beri kemudahan kepada penduduk

TONG Sampah yang dicipta khas oleh Alam Flora Sdn. Bhd. untuk menjayakan kempen #Jom Rawat Bumi diletakkan di kawasan kediaman penduduk.
TONG Sampah yang dicipta khas oleh Alam Flora Sdn. Bhd. untuk menjayakan kempen #Jom Rawat Bumi diletakkan di kawasan kediaman penduduk.
- Diterbit 12 Julai 2019 12:16 AM MYT

KEMUDAHAN Smart Bin atau tong sampah pintar yang
dibekalkan oleh Alam Flora Sdn. Bhd. disambut baik penduduk di Putrajaya bagi membolehkan mereka menyahut seruan pihak kerajaan eningkatkan amalan kitar semula sekali gus dapat memulihara alam sekitar.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga 4(B) 3, Presint 8, Hamdan Sirat berkata, inisiatif yang disediakan pihak Alam Flora itu amat baik kerana dapat memberikan kemudahan kepada penduduk untuk melupuskan barang kitar semula dengan cara lebih tersusun.

“Budaya kitar semula sudah semakin popular dalam kalangan masyarakat, jadi dengan pemilihan kawasan pangsapuri ini sebagai projek perintis kempen ini amat dialu-alukan,” katanya.

Kata Hamdan lagi, pendekatan menggunakan konsep barkod bagi setiap beg kitar semula bagi membolehkan penduduk menikmati mata ganjaran dapat menggalakkan lagi mereka menyertai kempen tersebut.

“Melalui mata ganjaran pada Kad Mesra, penduduk boleh membeli barangan keperluan mereka di Stesen Petronas seperti makanan dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Roslan Abu Hanif berkata, program tersebut harus disambut baik oleh penduduk Putrajaya.

“Memang ada sedikit kesukaran pada peringkat awal namun pihak Alam Flora telah membekalkan Smart Bin dan menyediakan pencetak barkod untuk kemudahan
penduduk.

“Program ini juga merupakan satu budaya baharu yang sememangnya dapat mendidik setiap individu agar menjaga alam sekitar,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas