Berita

Tolak Rujuk, SHARIFAH SAKINAH Enggan Bebankan Bekas Suami Lagi

||SHARIFAH Sakinah dilantik sebagai duta produk Wholly Fitz
- Diterbit 28 Ogos 2020 10:41 AM MYT

PELAKON Sharifah Sakinah,31,  mengaku menolak untuk kembali atau enggan rujuk dengan bekas suaminya Aliff Adha selepas bercerai pada Mei lalu, meskipun mereka masih mempunyai hubungan yang baik. 

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Sakinah Al Khaired  yang mengalami masalah gangguan kurang daya tumpuan dan hyperactive (ADHD) tidak mahu penyakitnya itu membebankan suaminya lagi. 

Sakinah tidak menafikan penyakit ADHD yang dihidapinya menjadi salah satu punca perceraian mereka pada Mei lalu selepas berkahwin pada 2015.

“Banyak sebab tetapi salah satu sebab perpisahan kami. Buat masa sekarang, saya sedang menjalani rawatan untuk masalah ini.

“Saya tidak mahu membebankan bekas suami untuk menjaga saya lagi. Saya mahu ruang dan masa untuk diri sendiri dahulu.

“Saya enggan kembali semula, kerana tidak boleh memberi komitmen untuk menjadi isteri yang baik dengan keadaan saya yang mempunyai masalah ADHD. 

“Sejujurnya, saya lega selepas berpisah kerana tiada lagi orang boleh menuduh suami saya dayus atau tidak tahu mengawal saya yang sukakan perhatian,” katanya kepada Wilayahku. 

SHARIFAH Sakinah dilantik sebagai duta produk Wholly Fitz

Sakinah yang ditemui pada majlis pengenalan duta Whooly Fitz di Selayang, petang tadi, mengaku banyak menyibukkan diri dengan kerja supaya tidak terlalu memikirkan masalah rumah tangga.

“Saya akui kehidupan saya sekarang haru biru kerana semua itu masih baru dan hati saya masih sakit. 

“Buat masa ini, biarlah saya habiskan masa untuk fokus kerjaya dan anak.

“Perasaan saya masih sakit kerana kami bukan bersama sehari dua dan saya dengan Aliff tidak pernah bergaduh.

“Anais juga sering menitiskan air mata apabila berjumpa dengan bapanya dan sering meletakkan tangan kami bersama-sama,”ujarnya yang memberitahu dia mendapat hak jagaan anak, Anais Adha,3. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas