‘TOKTI (Siti) makan apa, suara sedap betul’. Itulah antara reaksi jutaan peminat terhadap persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021) yang berlangsung pada malam tadi.

Pada malam kemuncak AME 2021 itu, Siti yang mempersembahkan lagu Kuasa Cintamu ciptaan Melly Goeslow ini juga menampilkan gimik tukar baju dalam masa lima saat yang mendapat tepukan gemuruh penonton.
“Padu Tokti, sumpah padu”, kata seorang peminat.
“Alhamdulillah Datuk Seri CT, terkejut satu Malaysia”, puji salah seorang netizen.
“Siti memang tak pernah mengecewakan”, ujar seorang pengguna media sosial.
“Satu-satunya penyanyi yang nyanyi hebat live. Nak konsert. Huhu,” tulis seorang penonton.

Itulah antara lain komen-komen yang diberikan terhadap persembahan Siti yang tidak pernah mengecewakan.
Antara rakan artis yang turut menyatakan teruja dengan persembahan Siti ialah Puan Seri Tiara Jacqueline, Aina Abdul, Daiyan Trisha, Rozita Che Wan, Sofia Marieylla dan ramai lagi.
AME 2021 yang tertunda selepas hampir 4 bulan tertunda akibat pandemik COVID-19 telah berlangsung pada 29 Mei 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria 104 dan strim secara online di Astro Go. – WILAYAHKU