Selebriti

Shiha Zikir, Khai Bahar ungguli AME 2021

|SHIHA Zikir mendominasi kemenangan dalam AME 2021.|KHAI Bahar sentiasa dihargai peminat.|TIDAK lain
- Diterbit 29 Mei 2022 4:50 PM MYT

ARTIS serba boleh Shiha Zikir mengungguli Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021) apabila memenangi lima kategori dalam siaran langsung yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Shiha yang popular dengan lagu Irama ini membawa pulang anugerah bagi kategori Artis Versatil MeleTOP, Lagu MeleTOP Era (AEWO), Grup/Duo MeleTOP Era bersama Noki K-Clique, Bintang Filem MeleTOP Era dan TOP TOP MeleTOP (Wanita).

SHIHA Zikir mendominasi kemenangan dalam AME 2021.

Manakala penyanyi popular Khai Bahar membawa pulang tiga anugerah iaitu Program MeleTOP, Penyanyi MeleTOP Era dan TOP TOP MeleTOP (Lelaki).

KHAI Bahar sentiasa dihargai peminat.

Anugerah MeleTOP ERA 2021dihoskan oleh tiga pengacara hebat iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al Hadad.

Manakala bagi barisan penyampai anugerah terdiri daripada pasangan pengantin baru, Kamal Adli dan Uqasha Senrose, Datuk Seri Vida, Catriana Ros, Rozita Che Wan, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan ramai lagi.

TIDAK lain, tidak bukan… Persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza paling mendapat perhatian.

AME 2021 juga tidak meriah tanpa persembahan hebat daripada lagenda Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Search.

Artis-artis lain yang turut membuat persembahan ialah Khai Bahar, Amir Masdi, Usop, Siti Nordiana, Wany Hasrita, Bunga, MK K-Clique dan ramai lagi.

AME 2021 yang tertunda selepas hampir 4 bulan tertunda akibat pandemik COVID-19 telah berlangsung pada 29 Mei 2022 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria 104 dan strim secara online di Astro Go. – WWILAYAHKU

 

Senarai pemenang Anugerah MeleTOP Era 2021

Artis Versatil MeleTOP
Shiha Zikir

Artis Baharu MeleTOP
Dini Schatzmann

Si Cilik MeleTOP
Ariana Aubrey & Karl Kareef

Influencer MeleTOP
Dr Say

Couple MeleTOP
Emma Maembong & Muhammad Shazli

Program MeleTOP
Konsert Minggu Ini #123 Khai Bahar

Personaliti TV MeleTOP
Jihan Muse

Video MeleTOP
Canggung – Wany Hasrita

Anugerah Legend MeleTOP (Khas)
Hamid Gurkha

Anugerah Legend Muzik MeleTOP (Khas)
Roslan Aziz

Anugerah Khas MeleTOP 2021
Datuk Hj Aznil Nawawi

Penyanyi MeleTOP ERA
Khai Bahar

Pelakon MeleTOP
Fasha Sandha

Lagu MeleTOP ERA
AEWO – Shiha Zikir ft Noki

Grup/Duo MeleTOP ERA
Shiha Zikir, Noki

Drama MeleTOP
Kampong Pisang Bersiri-Siri

Filem MeleTOP
Ada Apa Dengan Dosa

Bintang Filem MeleTOP
Shiha Zikir – Hantu Bonceng 2.0

BBNU MeleTOP
Alyssa Dezek

TOP TOP MeleTOP (Lelaki)
Khai Bahar

TOP TOP MeleTOP (Wanita)
Shiha Zikir

TOP TOP MeleTOP (Grup/Duo)
Dolla

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas