Berita

Tingkat program sukarelawan

SHAHRUDDIN (depan, tengah) hadir pada Program Sukarelawan Eksplorasi Kota : Kami Prihatin di Masjid Jamek Kuala Lumpur baru-baru ini.
- Diterbit 4 Oktober 2019 4:19 AM MYT

Oleh SALEKI AMAT JANURI

PUTRAJAYA – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran mempertingkatkan program menangani isu gejala sosial dalam kalangan belia dan remaja khususnya di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Shahruddin Md. Salleh berkata, usaha ter­sebut dapat membantu ke­rajaan menangani masalah sosial ma­syarakat bandar ter­utama golo­ngan belia.

“Menjadi kewajipan kita termasuk NGO bergabung tenaga dan kepakaran bagi membantu pihak kerajaan menganjurkan program seumpama ini dalam usaha memobilisasikan suka­relawan ke arah membentuk keyakinan, kemahiran serta daya bertindak yang berkesan bagi menangani permasalahan sosial remaja di lapangan,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Sukarelawan Eksplorasi Kota, Kami Prihatin anjuran Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) di Masjid Jamek baru-baru ini.

Sementara itu, Setiausaha YIM, Zakuan Sawai berkata, program ini akan diteruskan pada masa akan datang terutama sempena sambutan perayaan utama dan hari kelepasan am.

Program Sukarelawan Eks­plorasi Kota, Kami Prihatin me­libatkan seramai 200 belia dan beliawanis terlatih turun ke lapangan menemui masyarakat dan menjalankan akti­viti kem­pen kesedaran.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas