Timba ilmu fardu kifayah uruskan jenazah

Timba ilmu fardu kifayah uruskan jenazah

ILMU. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kursus yang dikendalikan oleh pengurus jenazah, Ustazah Ruzeeta Saad dibantu oleh Ustazah Raisah Abu Bakar melibatkan seramai 95 orang pelajar.

Kursus tersebut berjaya memberikan pendedahan awal kepada para pelajar berkenaan kewajipan fardu kifayah apabila berlaku sebarang kematian selain memberikan keinsafan kepada mereka agar menjadi insan mulia.

CATEGORIES