Berita

Labuan FSA dekati masyarakat Orang Asli

DANIAL MAH (tengah) menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada Tok Batin masyarakat kaum Batek di Kuala Tahan pada program riadah dan amal KRK Labuan FSA baru-baru ini.
- Diterbit 15 November 2019 6:03 AM MYT

AMAL. Kelab Rekreasi dan Kebajikan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (KRK Labuan FSA) mendekati kehidupan masyarakat Orang Asli kaum Batek melalui program riadah sambil beramal bersama komuniti tersebut di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang baru-baru ini.

Program selama dua hari satu malam itu diketuai Ketua Pengarah Labuan FSA, Danial Mah Abdullah bersama 51 peserta yang terdiri daripada ahli kelab KRKL dan keluarga masing-masing.

Menerusi program itu, mereka berpeluang beramah mesra dengan masyarakat suku kaum Batek di salah satu penempatan Orang Asli di tebing Sungai Tembeling dan menyelami budaya dan adat, resam serta cara hidup mereka.

Bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat, ahli kelab tersebut menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah, alat tulis dan barangan keperluan harian kepada Tok Batin untuk diagihkan kepada penduduk yang berada di penempatan tersebut.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas