Berita

Tiket konsert habis dijual dalam tempoh 2 jam… Siti Nurhaliza minta maaf

- Diterbit 21 Disember 2023 6:53 PM MYT

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memohon maaf kepada peminat yang tidak berjaya membeli tiket  ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ pada 9 Mac depan.

Menerusi  Instagramnya, pelantun lagu Magis dan Romansa Kita meluahkan rasa syukur dan gembira kerana kesemua tiket habis dalam tempoh dua jam, hari ini.

Bagaimanapun Siti Nurhaliza memberi sedikit harapan kepada peminat yang gagal membeli tiket bahawa beliau mungkin akan mengadakan konsert lain pada masa depan.

“Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuk hati terdalam. Maafkan saya kepada yang tak dapat membelinya. Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga.

“Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya. Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya,” katanya.

Pada ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ yang dipentaskan pada 9 Mac di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini – beliau bakal mendendangkan lebih 20 lagu. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas