Berita

Tiada kompromi pihak langgar PKP

PASUKAN polis meningkatkan kawalan pada fasa kedua PKP bagi benar-benar memastikan rangkaian Covid-19 dapat diputuskan. Gambar hiasan IPD Kajang
- Diterbit 8 April 2020 9:05 AM MYT

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi lagi kepada mana-mana individu ingkar melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tindakan lebih tegas telah dilaksanakan oleh PDRM bagi memastikan tiada pelanggaran terhadap perintah itu.

“Justeru saya berharap rakyat patuh setiap arahan dikeluarkan kerajaan. Jika tidak, tindakan akan diambil oleh PDRM,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini.

Menurut Ismail Sabri, seramai 504 individu telah ditahan dalam 758 sekatan jalan raya dilakukan PDRM.

Jelas beliau, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding 403 individu yang ditahan PDRM kelmarin.

“Daripada jumlah 504 tangkapan menyaksikan 380 individu direman, dijamin (74) dan 630 telah didakwa di mahkamah semalam.

“Jumlah keseluruhan tangkapan sejak PKP dilaksanakan sehingga semalam adalah seramai 6,905,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas