Thunder Cranes tambah tiga kren 90 tan

Thunder Cranes tambah tiga kren 90 tan

LABUAN – Thunder Cranes Group akan membekalkan perkhidmatan mengangkat barang kepada Chevron Corporation bagi membolehkan syarikat itu meneruskan kerja di 3,000 telaga di Thailand.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chris Poheng berkata, kontrak tiga tahun dengan Chevron itu membolehkan Thunder Cranes menambah tiga jenama baharu TC90XL iaitu kren 90 tan sekali gus menjadikannya sebagai syarikat terbesar yang menyediakan sewaan jentera mengangkat barang di seluruh Asia-Pasifik.

“Thailand telah menjadi negara utama kepada Thunder Cranes sejak mula memasuki pasaran dulu.

“Penambahan jentera baharu ini membuktikan kejayaan dan meningkatkan reputasi syarikat di seluruh ran tau ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Difahamkan, Thunder Cranes yang berpangkalan di Wilayah Persekutuan Labuan telah membekalkan jentera kren kepada syarikat perkapalan di beberapa negara selama lebih dua dekad.

CATEGORIES