Biz

Abaro sasar jualan RM15 juta

SIAH ENG (belakang, tengah) bergambar bersama murid-murid yang menerima sumbangan kasut sekolah pada program Jom Ke Sekolah di Kuala Lumpur baru-baru ini.
- Diterbit 22 November 2019 5:38 AM MYT

Oleh AZLAN ZAMBRY
[email protected]

KUALA LUMPUR – Syarikat Resta Enterprise Sdn. Bhd., pengeluar kasut berjenama Abaro me­nyasarkan jualan segmen kasut sekolah pada sebanyak RM15 juta pada tahun depan.

Pengarah Urusannya, Bill Siah Eng Fong berkata, syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2001 telah menjual lebih 500,000 pasang kasut sekolah.

“Dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam pernigaan kasut dan merupakan salah satu pemborong kasut di Malaysia, kami menggunakan pelbagai strategi pemasaran seperti pembelian dalam talian.

“Kami juga telah mula mengembangkan perniagaan kami dari kasut borong ke e-dagang serta memasuki pasar raya besar.

“Kami turut mempunyai lebih 850 pengedar di seluruh negara,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Siah Eng, bagi mewujudkan identiti jenama kasut sekolah yang unik, pihaknya menekankan pada keperluan semasa dengan rekaan unik pada masa kini.

“Kami juga memberi tumpuan kepada kasut sekolah berkonsep gaya hidup mengenai fesyen, warna dan keperluan pelajar.

“Dalam meningkatkan nilai jenama, pihak kami sentiasa menekankan keutamaan dengan meningkatkan kualiti produk dengan harga yang berpatutan,’’katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut menyediakan pilihan le­bih baik untuk pelbagai semua pelanggan bagi mendapatkan kasut yang sesuai dengan me­reka dalam pelbagai keadaan.

“Selain kasut sekolah, kami turut mengeluarkan beberapa jenis kasut seperti kasut kanvas, kasut sukan dan pelbagai jenis selipar untuk memenuhi keperluan pelanggan,’’ katanya.

Siang Eng berkata, kesemua harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan dengan purata harga ke­semua produk keluarannya berada di bawah RM100.

Malah kata beliau, pihaknya turut memperkenalkan kasut sekolah kalis air yang dapat menyelesaikan setiap masalah ibu bapa.

“Menyedari keperluan ekonomi semasa, pihak syarikat berpen­dirian untuk membantu masarakat mendapatkan kasut berkualiti tinggi pada kadar harga yang berpatutan,’’ katanya.

Terdahulu Siah Eng menyerahkan sumbangan 2,700 pasang kasut sekolah kepad 134 buah sekolah di Kuala Lumpur pada majlis Jom Ke Sekolah Bersama Abaro di sini.

Program dianjurkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas