“Thank You For The All Memories” – SAFAWI RASID Dari Dungun Ke Portugal

“Thank You For The All Memories” – SAFAWI RASID Dari Dungun Ke Portugal

DOA dan harapan rakyat Malaysia sentiasa mengiring bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang telah berlepas ke Portugal malam tadi bagi menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonense SC.

Anak jati Dungun, Terengganu ini meluahkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada pemilik Kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan serta semua yang menyokongnya selama ini.

“Thank you for all the memories. I will miss JDT family dan semua penyokong. Junjung kasih tuanku,” tulisnya menerusi instagrammya @safawirasid29.

Perjuangan Safawi untuk mengharumkan nama negara di sana turut diiringi kata-kata semangat daripada rakan-rakan pemain bola sepak dan para selebriti di ruangan komen.

Antaranya  ialah Khairul Fahmi Che Mat, Izham Tarmizi, Akhyar Rashid, Uyaina Arshad, Lia Natalia, Radin Era dan ramai lagi. 

SEMOGA Safawi Rasid terus sukses di Portugal. All the best Pawi!

Safawi akan muncul sebagai pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium Ogos lalu.

Semoga Safawi terus sukses, segalanya dipermudahkan dan terus mengharumkan nama negara.

Doa keluarga, peminat dan rakyat Malaysia sentiasa mengiringimu. Good luck Pawi! – WILAYAHKU

 

CATEGORIES
TAGS