Terowong misteri Bukit Nanas jadi tarikan pelancongan
LALUAN masuk ke terowong misteri di Bukit Nanas yang dijumpai pada Mac 2014.

Terowong misteri Bukit Nanas jadi tarikan pelancongan

“Saya difahamkan, orang Mandailing yang diketuai Tuanku Raja Asal @ Ja Asai telah membina kubu di situ yang menjadi benteng terakhir Mandailing.

“Di samping kubu, Ja Asai juga membina istana iaitu Istana Godang di puncak Bukit Gombak (nama lama Bukit Nanas) dan dalam usaha menguatkan pertahanan, Ja Asai dan orang-orangnya menanam pokok nanas di sekitarnya selain mengorek terowong rahsia,” katanya kepada Wilayahku pada Rabu.

MOHD HAFIZ

Terowong tersebut dipercayai digunakan sebagai laluan bagi melarikan diri ketika Perang Saudara di Selangor pada 1868 dan 1871. Sehubungan itu, kata Mohd Hafiz, sejarah yang dinyatakan itu wajar dipelihara supaya diketahui masyarakat umum termasuk pelancong luar.

Justeru, beliau berharap supaya agensi bertanggungjawab seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mahupun Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Warisan dapat bersama-sama menambah baik tapak sejarah tersebut.

“Saya bagi pihak Jabatan Perhutanan hanya dapat menjaganya seperti menaiktaraf laluan berkaitan kepada denai yang dikenali Denai Jelutong.

“Selain itu, saya juga pernah memohon bantuan daripada Jabatan Mineral Dan Geosains untuk membuat pemetaan bagi mendapatkan lokasi keseluruhan kubu yang berada di kawasan sekitar Bukit Nanas,” jelasnya.

CATEGORIES