Berita

Teroka kapal karam di Pulau Mayat

CHALET Pink sangat terkenal dalam kalangan pelancong kerana warnanya yang menarik.
- Diterbit 6 Disember 2019 9:21 AM MYT

PULAU MAYAT di Wilayah Persekutuan Labuan yang lebih dikenali sebagai Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil terkenal dengan mitos kisah percintaan sepasang kekasih yang meruntun jiwa.

Difahamkan, penduduk tempatan menamakannya Pulau Mayat kerana bentuk pulau ini seperti jasad manusia yang berbaring secara mengiring.

Ekoran itu, kedua-dua mereka nekad melarikan diri dan meninggalkan kampung halaman demi mempertahankan cinta sejati.

Menurut cerita si penglipur lara, nama tersebut diperoleh hasil daripada kisah percintaan suatu ketika dahulu yang mana percintaan sepasang kekasih tidak mendapat restu keluarga.

PULAU Rusukan Besar

Disebabkan rasa marah, mereka bersumpah tidak akan kembali ke kampung halaman, namun selepas bertahun-tahun hidup bahagia di tempat orang, perasaan rindu terhadap kampung halaman mula dirasai.

Ekoran itu, akhirnya mereka pulang tetapi disebabkan melanggar sumpah, si suami menjadi Pulau Rusukan Besar manakala isterinya pula menjadi Pulau Rusukan Kecil yang akhirnya membentuk Pulau Mayat.

PULAU Rusukan Kecil

Mungkin ramai yang tidak tahu, Labuan juga dikenali sebagai lokasi pelancongan peringkat antarabangsa berikutan airnya yang berwarna kebiruan selain mempunyai terumbu karang yang pelbagai bentuk dan warna menarik.

Panorama indah

GERBANG menggunakan papan luncur menjadi tarikan pengunjung.

Malah pengunjung dari dalam dan luar negara dapat meneroka keindahan marin menerusi pusat penyelam yang terdapat di Pulau Rusukan.

Lebih menarik apabila, para penyelam berpeluang melihat keindahan tapak selaman kapal karam atau ‘ship wreck’ yang terbaik di benua Asia kerana terletak berhampiran Pulau Rusukan.

Ini kerana, ia terdiri daripada tiga buah kapal kargo dan sebuah kapal perang yang ditenggelamkan pada kedalaman 30 hingga 32 meter atau 100 kaki.

Untuk pengetahuan semua, kapalkapal karam berkenaan dikenali dengan nama ‘Blue Water Wreck’, ‘Cement Wreck’, ‘American Wreck’ dan ‘Australian Wreck’.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas