Berita

Tenis: Juara Grand Slam empat kali Naomi Osaka umum hamil

- Diterbit 12 Januari 2023 3:43 AM MYT

JUARA empat kali perseorangan wanita Grand Slam Naomi Osaka mengumumkan beliau hamil anak pertama hanya beberapa hari sebelum bermulanya Kejohanan Tenis Terbuka Australia 2023.

“Satu perkara yang saya nantikan ialah anak saya menonton satu daripada perlawanan saya dan berkata ‘itu ibu saya’. Tahun 2023 bakal menjadi tahun yang penuh dengan pengajaran dan saya berharap dapat bertemu dengan anda semua di Terbuka Australia 2024,” kata Osaka di Twitter, menurut Agensi Anadolu.

Pada minggu lalu, Osaka mengumumkan beliau menarik diri daripada kejohanan yang akan bermula pada 16 Januari di Melbourne itu.

Bintang tenis berusia 25 tahun itu memenangi Terbuka Australia pada 2019 dan 2021.

Beliau juga merupakan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2018 dan 2020. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas