Berita

Tempat letak kereta di bahu jalan sekitar KL percuma mulai esok hingga 31 Ogos

INISIATIF terbabit bertujuan untuk meringankan beban warga kota. Kredit foto: Bernama
- Diterbit 1 Julai 2021 9:37 AM MYT

PEMANDU kenderaan akan dikecualikan daripada membayar parkir di tempat letak kereta di bahu jalan  sekitar ibu kota mulai mulai esok sehingga 31 Ogos, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata inisiatif terbabit bertujuan untuk meringankan beban warga kota.

“Saya bersetuju mulai esok sehingga 31 Ogos, semua tempat letak kereta bahu jalan dalam kawasan bandar raya Kuala Lumpur adalah percuma.

Pengguna tidak perlu bayar apa-apa dan diharap penjimatan itu dapat digunakan untuk membeli barang keperluan keluarga,” katanya menerusi hantaran di Twitter rasminya hari ini. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas