Biz

#TechUntukSemua bantu pasaran peniaga durian

PENIAGA durian, Romi Hidayat Zainintawa gembira apabila pelanggannya berpeluang membeli durian melalui aplikasi Grab dan tidak terdedah kepada bahaya wabak. PENIAGA durian, Romi Hidayat Zainintawa
- Diterbit 24 Julai 2021 3:00 AM MYT

MUSIM durian yang melanda masa ini, mendorong Grab Malaysia memperkasa peniaga kecil yang menjual raja buah itu di bawah program #TechUntukSemua.

Ketua Pemasaran Wilayah Grab Malaysia, Hassan Alsagoff berkata, langkah itu membolehkan masyarakat mendapat bekalan durian dengan mudah di samping membantu peniaga dan peladang durian melebarkan keseronokan menikmati raja buah itu kepada semua penggemar.

“Di Grab, kami sentiasa berusaha memberi sokongan kepada peniaga kecil dan tradisional. Inisiatif GrabDurian kami adalah acara tahunan untuk membantu mereka.

“Kami tahu pandemik ini memberi tekanan tambahan kepada industri, oleh itu kami menjadikan mereka sebahagian daripada penggiat ekonomi digital sekali gus membolehkan perniagaan diteruskan masa ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya turut membantu mempromosi segala yang berkaitan dengan durian seperti buah durian segar, juadah pemanis mulut perisa durian, pastri dan sebagainya.

Selain itu, katanya, turut dipromosikan adalah penghapus bau durian supaya musim kali ini lebih mudah diharungi dengan produk seperti sarung tangan, pembasuh serta pembilas mulut, penyegar udara dan banyak lagi.

Tambahnya, pengguna Grab juga berpeluang menikmati penjimatan sehingga 50 peratus bagi produk daripada pedagang seperti Durian Man, Lubuk Durian, Purple Monkey, Watsons, Guardian dan lain-lain lagi. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas