Selebriti

Pelakon Anjang Aki meninggal dunia

- Diterbit 24 Julai 2021 12:22 PM MYT

BINTANG veteran, Datuk Baharuddin Omar, 85, menghembuskan nafas terakhir akibat sesak nafas di kediamannya di Shah Alam, petang ini.

Seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia, berita sedih itu disahkan menerusi kiriman WhatsApp oleh ahli keluarga terdekat bagi pihak isteri Datin Nazariah,66, atau Ateh.

“Dimaklumkan bahawa suaminya arwah Datuk Haji Baharudin Omar atau Anjang Aki baru sahaja meninggal dunia di rumah mereka sebentar tadi. Sekarang ahli keluarga sedang sibuk melakukan persiapan terakhir buat arwah.

“Sama-sama kita doakan agar segala khilaf arwah diampunkan dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nazariah, 66, berkata, arwah suami meninggal dunia bukan disebabkan pandemik COVID-19, sebaliknya arwah menghidap penyakit pembuluh darah bengkak. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas