Biz

Hanya 10 minit, asam pedas Che A Melaka sedia dinikmati

ASAM pedas Che A yang asli dari Melaka mudah disediakan dan cepat dimasak. ASAM pedas Che A yang asli dari Melaka mudah disediakan dan cepat dimasak.
- Diterbit 24 Julai 2021 2:00 AM MYT

KEASLIAN dan keenakkan asam pedas Che A membuatkan pelanggan yang pernah menikmatinya di
Restoran Asam Pedas Ikan Baru, Melaka suatu ketika dahulu, meminta pengasas, Nor Asra Abu Husin menjual pes masakan utamanya itu selepas operasi perniagaan dihentikan pada 2017.

Susulan permintaan yang memberangsangkan itu, dia memulakan perniagaan pes asam pedas secara kecil-kecilan bagi memenuhi kehendak pelanggan setia bermula Mac 2020.

Walaupun jualan dimulakan semasa negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pes asam pedas Che A berjaya memperluaskan pasarannya sehingga ke Sabah dan Sarawak berikutan pemasaran dilakukan secara atas talian.

Bermula dengan jualan sekitar 10 pek dan hanya menggunakan plastik biasa, kini pes asam pedas asli Melaka sudah mencecah 1,500 pek sebulan.

ASAM pedas Che A yang asli dari
Melaka mudah disediakan dan cepat
dimasak.

Menurut pengedarnya di Wilayah Persekutuan dan Selangor, Chairel Zairee Basiron, keistimewaan pes asam pedas yang dipasarkan adalah rasanya asli negeri Melaka dan menepati cita rasa selain cara penyediaan yang moden serta memudahkan pelanggan.

“Bukan hanya membangkitkan selera, asam pedas yang dimasak menggunakan pes Che A sangat cepat disediakan. Hanya perlu tambah beberapa bahan sampingan seperti bendi, tomato dan ikan yang diingini serta air kerana ramuannya sudah lengkap ditumis.

“Malah, ia juga boleh dijadikan sambal ikan bakar ala Portugis.

“Bagi peminat oden, mereka boleh menjadikannya sebagai kuah oden dengan menambah bahan mentah berkaitan,” katanya kepada Wilayahku pada Isnin.

Justeru, katanya, kekangan tidak dapat merentas negeri bukan penghalang untuk orang ramai menikmati dan merasai keenakan asam pedas Melaka kerana ia boleh dimasak menggunakan pes Che A.

Tambahnya, orang ramai yang ingin mencuba boleh menghubunginya di talian 012-6609603.

Sementara itu, salah seorang, peminat asam pedas Che A, Alia Saleh memberitahu, pes yang dibelinya amat mudah dan cepat dimasak.

Katanya, hanya dalam tempoh 10 minit, hidangan istimewa Melaka itu siap sedia untuk dijamah.

“Bagi pekerja, sarapan sukar dilakukan kerana waktu yang terhad namun dengan pes asam pedas Che A, hanya 10 minit sahaja masa yang diperlukan,” katanya sambil menambah, ia pastinya memudahkan kaum isteri. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas