Berita

Tawaran menarik menanti sempena Kempen Merdeka Alamanda

RUANG legar utama Pusat Beli-Belah Alamanda dihiasi dengan dekorasi yang bertemakan permainan tradisional.
- Diterbit 8 September 2023 6:00 AM MYT

BERSEMPENA dengan ulang ­tahun kemerdekaan yang ­ke-66, Pusat Beli-Belah Alamanda membawakan Kempen Merdeka yang berlangsung dari 25 Ogos ­sehingga 16 September 2023.

Pelbagai tawaran hebat dan aktiviti kanak-kanak ­diadakan sepanjang bulan kebangsaan ­antaranya Tebusan Merdeka, Kempen Merdeka Funtime VIKids, Cabutan Bertuah Bloom in Style dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brian berkata pihaknya amat ­berdedikasi untuk terus ­memberikan pengalaman yang bermakna buat rakyat Malaysia.

“Sebagai salah sebuat pusat ­beli-belah yang mesra keluarga di Putrajaya, kami terus ­memberikan pengalaman yang bermakna buat rakyat Malaysia. Seiring ­dengan ulang tahun kemerdekaan yang ­ke-66, kami bukan sahaja ­berbangga untuk memperingati kejayaan masa lampau malah, ­ingin memberikan sinar baru untuk ­barisan bakal pemimpin kita di masa hadapan.

“Program seperti VIKids ­adalah ruang buat ­kanak-kanak ­mendapatkan peluang ­untuk berkembang dari sudut daya ketahanan selain daripada ­membantu tumbesaran mereka melalui rangsangan bermain,” ujar beliau menerusi satu kenyataan media.

Tambah beliau bagi Tebusan Merdeka pula, pengunjung yang berbelanja RM500 dalam dua ­resit dari mana-mana kedai ­terpilih akan menerima T-shirt Merdeka yang ­ke-66 edisi ­terhad ­sepanjang ­tempoh Kempen Merdeka ­manakala mereka yang ­berbelanja lebih dari RM1,500 akan turut ­menerima Baucar ­Beli-Belah Alamanda bernilai RM50 dan ia khusus untuk 350 pelanggan sahaja.

“Pada kali ini ia turut ­menampilkan Kempen Merdeka Funtime VIKids di mana ruang legar utama Pusat Beli-Belah Alamanda dihiasi dengan ­dekorasi yang ­bertemakan ­permainan ­tradisional. Ahli VIKids turut ­menerima pek percuma Merdeka Funtime yang mengandungi Set Seni dan Kraf, Permainan Ular dan Rainbow Magic.

“Turut diadakan Pertandingan Kostum Pakaian Tradisional, Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan Mewarna bagi dua kategori junior dan senior di ­mana pemenang membawa ­pulang Baucar Beli-Belah Alamanda bernilai RM300, RM200 dan RM100,” ujarnya ­pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan yang ­menampilkan kanak-kanak berbakat dalam acara choral ­speaking, pertunjukan bakat serta persembahan seni dan kebudayaan.

Bermula 21 Julai ­sehingga 13 Ogos lalu, Andrew ­berkata ­pihaknya telah mengadakan Kempen Bloom in Style di mana pelanggan berpeluang membawa pulang baucar bernilai sehingga RM3,000.

“Pembeli yang ­berbelanja RM300 dan ke atas dalam dua ­resit dari mana-mana kedai ­fesyen dan kecantikan terpilih, menerima ­ganjaran ­serta-merta iaitu sebuah beg tot Alamanda ­manakala ­mereka yang berbelanja lebih ­daripada RM800 telah ­menerima Baucar Fesyen Alamanda ­tambahan bernilai RM50 selain daripada beg eksklusif Alamanda.

“Tidak kurang dengan ganjaran istimewa tersebut, pelanggan ­juga diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah bagi setiap RM300 yang dibelanjakan. Cabutan bertuah tertutup ­juga ­diadakan ­bagi memilih 10 pemenang ­bertuah ­hasil kesinambungan daripada cabutan yang dilakukan secara terkemuka,” jelas beliau. – WILAYAHKU

PARA pemenang Kempen ‘Bloom in Style’ bergambar kenangan selepas sesi cabutan bertuah yang diadakan baru-baru ini.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas