Singgah

Tawaran istimewa beli 1 percuma 1

TAKLIMAT ringkas akan diberi sebelum memulakan pemanduan.
- Diterbit 29 Disember 2023 3:20 PM MYT

ISTIMEWA kepada semua pengikut setia TikTok, @plsc_malaysia dan @plscdrift_hq, Alex berkata pihaknya menawarkan promosi harga beli satu percuma satu kepada pengunjung yang hadir melakukan aktiviti di One Shamelin Mall Kuala Lumpur.

Alex berkata menerusi promosi tersebut, pengunjung boleh mendapatkan harga promosi bernilai RM18 (5 minit) dan RM30 (10 minit) bagi drift kart manakala high speed kart pula berharga RM48 (10 minit) dan berpeluang menerima pakej promosi beli tiga percuma satu.

Sementara itu, Alex menjelaskan peruntukan masa lima minit untuk drift kart ditetapkan berdasarkan saiz dan kepanjangan trek.

“Nampak mudah tapi sebenarnya sukar untuk dipandu. Mereka perlu pandai mengawal arah dan stereng terutama ketika selekoh. Karting ini adalah antara sukan berintensiti tinggi yang boleh membakar lemak, lapan minit go-karting bersamaan dengan setengah jam berjoging,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas