Berita

Tauke minyak masak ‘lamar’ Kak Lina Pom Pom jadi duta?

|PENGUSAHA minyak masak Kijang Gold bersama Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom.|SABIMI mahu terus produknya dikenali
- Diterbit 23 April 2021 3:36 AM MYT

PENGUSAHA minyak masak Kijang Gold, Nor Sabimi Mohamed Aluwi, 52, mengaku berhasrat mahu ‘melamar’ Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom untuk menjadi duta kepada produknya.

Elly yang kini mengacarakan program Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom di RTM ini dikatakan mempunyai kriteria yang dikehendaki oleh Sabimi selaku penaja utama program itu.

“Sebenarnya sebelum ditawarkan menjadi penaja utama program ini, sudah lama saya menyimpan hasrat mahu melantik Elly sebagai duta Minyak Masak Kijang Gold.

“Tidak sangka pula, pihak produksi dan RTM memberi peluang kepada saya untuk menaja sekaligus bekerjasama dengan Elly sebagai pengacara tetap program masakan ini.

“Buat masa ini saya fokus kepada penajaan program dahulu, insya Allah akan datang, apabila tiba masanya saya berharap dapat bekerjasama dengan Elly sebagai duta produk saya,” katanya yang juga pengasas Kijang Gold.

PENGUSAHA minyak masak Kijang Gold bersama Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom.

Bagi Sabimi, antara kriteria yang ada pada Elly adalah mempunyai daya tarikan tersendiri dan sangat memberi komitmen.

“Saya melihat dia sangat diminati ramai menerusi drama bersiri Kampung People dan lagu 4 Dara yang begitu tular sehingga ke hari ini.

“Selain dia sangat popular dan diterima ramai, gayanya yang selamba dan bijak menghiburkan penonton secara spontan membuatkan saya tertarik dengannya.

“Pendek kata, apa yang dia lakukan nampak bersahaja tetapi memberi kesan kepada orang ramai.

“Saya tahu sekarang ramai yang mahukan dia untuk banyak program. Tengoklah macam mana keadaan nanti. Tunggu program Senduk Kuali selesai.

“Buat masa ini, kalau ade rezeki nak cari duta, sudah tentu Elly Mazlein jadi pilihan utama saya,” jelasnya yang berasa berbaloi menaja program tersebut apabila turut melibatkan 29 lagi artis jemputan selain Elly Mazlein.

Antara artis jemputan untuk rancangan Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom ialah Wany Hasrita, Ungku Ismail, Eyka Farhana, Nabila Razali, Zara Zya, Siti Sales, Siti Sarah, Ummi Nazeera, Ayie Floor 88, PU Azman, Intan Ladyana, Azrel Ismail dan ramai lagi.

Program masakan ini bermula pada pukul 12.30 tengah hari setiap hari sepanjang Ramadan dan siaran ulangannya di saluran My Klik.

 

Sokong industri seni

Walaupun aktif dalam bisnes, Sabimi melihat penajaannya untuk program Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom adalah salah satu caranya menyokong industri seni.

SABIMI mahu terus produknya dikenali

“Semua tahu, semua sektor terkesan akibat pandemik COVID-19 termasuklah industri seni. Tampil sebagai penaja adalah tanda sokongan saya kepada industri.

“Tak dinafikan, mestilah saya ada terfikir tentang pulangan selepas tajaan, tapi saya kena fokus apa yang saya nak. Saya yakin Allah bagi apa yang kita nak jika berusaha.

“Selain melihat ia satu cara pemasaran produk yang bagus, rancangan masakan sebelum ini di RTM, ramai yang tonton.

“Selepas melihat program Senduk Kuali yang sudah pun bermula, saya rasa berbaloi sangat menaja program tersebut. Saya percaya khalayak penonton RTM gemarkan rancangan masakan terutamanya bapabila tiba bulan Ramadan.

“Apa yang menarik, dalam program tersebut melibatkan 29 artis yang memasak sekaligus mempromosikan minyak masak Kijang Gold dalam program tersebut,” jelasnya lagi yang mahu produknya itu lebih dikenali dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas