Berita

Tateh perkenal topeng muka saiz kanak-kanak

- Diterbit 17 April 2020 2:45 PM MYT

PUTRAJAYA – Syarikat pengeluar barangan kelengkapan ibu dan bayi, Tateh memperkenalkan topeng muka tiga lapis bersaiz kanak-kanak di pasaran.

SITI SHAFURAH

Menurut Pengarah Urusannya, Siti Shafurah Abas, penutup muka dewasa tidak sesuai buat kanak-kanak kerana saiznya besar dan menutup hingga ke muka.

“Topeng muka yang dihasilkan ini mengikut ukuran dan spesifikasi khas yang sesuai dengan kanak-kanak.

“Di pasaran terdapat penutup muka daripada material kain namun ia tidak selamat kerana tidak mampu menghalang virus Covid-19 yang tersebar melalui pengudaraan,” ujarnya.

 

Katanya lagi, topeng muka pakai buang tersebut ditempah khas di luar negara menggunakan lapisan Meltbrown  yang sangat berkualiti serta mempunyai kelulusan antarabangsa.

“Sejak dua minggu diperkenalkan, hampir 3,000 topeng muka bersaiz kanak-kanak berjaya dijual dan kami turut menerima tempahan daripada pihak hospital.

“Kami prihatin tentang hal ini memandangkan anak-anak bakal memasuki sesi persekolahan nanti dan mereka masih perlu menggunakan topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga,” ujarnya.

Selain daripada itu, Tateh turut memperkenalkan topeng muka untuk wanita bertudung dengan tali yang lebih panjang bagi memudahkan pemakai.

“Kita juga membangunkan laman pembelian atas talian tateh.onpay.my yang menjanjikan penghantaran terus ke pintu rumah anda,” ujar Shafurah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas