Berita

Fazura sudah hamil empat bulan

FAZURA dan Fattah bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
- Diterbit 17 April 2020 2:52 PM MYT

SETELAH melayari perkahwinan selama dua tahun, pelakon popular Nur Fazura Sharifuddin, 36, mengesahkan dirinya kini hamil empat bulan.

Fazura berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagram peribadinya.

“Insya-Allah dengan izin Allah saya dan suami Fattah Amin bakal menimang cahaya mata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat.

“Kami sentiasa yakin dengan percaturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” kongsi Fazura.

Tambah pelakon ini lagi, tiada yang lebih diutamakan dalam hidup mereka berdua saat ini melainkan anak yang bakal lahir.

Fazura juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka selama ini.

Perkongsian selebriti jelita itu mendapat perhatian peminat dan rakan-rakan artis yang mendoakan kesihatannya dan bayi dalam kandungan.

Sebagai rekod, pasangan pujaan ramai ini melangsungkan perkahwinan pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella. –WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas