Berita

Tampil sempoi tanpa jaket dan sinsing lengan, Ismail Sabri jiwai rakyat #KeluargaMalaysia

pada petang
- Diterbit 24 September 2021 12:50 PM MYT

PENAMPILAN ‘sempoi’ Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Pelancaran Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia, pada petang, hari ini, mencuri perhatian warganet.

Ismail yang mengenakan kemeja putih tanpa tali leher dan kot atau jaket serta sinsing lengan disifatkan sesuai dengan majlis untuk rakyat.

WARGANET memuji penampilan Datuk Seri Ismail Sabri yang dikatakan berjiwa rakyat dan bersesuaian dengan konsep #KeluargaMalaysia

Malah, kebanyakan warganet memuji pihak atau pasukan yang mengurus dan menjaga imej Perdana Menteri itu selain mahukan ia diteruskan.

“Kudos buat pasukan yang bekerja di belakang tabir dalam menguruskan imej PM,” komen seorang pengguna.

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob tampil ‘sempoi’ pada Majlis Pelancaran Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia, pada petang, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pengguna laman sosial lain menyifatkan penampilan Perdana Menteri pada majlis itu bertepatan dengan kempen atau slogan yang dilancarkan baru-baru ini iaitu Keluarga Malaysia.

“Macam mana kempen Keluarga Malaysia yang dilancarkan, begitulah imej yang PM kita ingin tonjolkan yang mana dia mahu lebih dekat seterusnya disayangi rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sebelum ini tular apabila jam tangan celoreng yang dipakai Perdana Menteri
ketika menghadiri satu program mencuri perhatian orang ramai termasuk golongan selebriti seperti pelakon Datuk Aaron Aziz. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas