Berita

Gangguan trafik setiap malam di Jalan Kuching berhampiran Bulatan Segambut bermula malam ini

GANGGUAN aliran trafik akan bermula malam ini, 24 September hingga 22 Oktober 2021 mulai pukul 10 malam hingga 5 pagi.
- Diterbit 24 September 2021 10:02 AM MYT

GANGGUAN aliran trafik di Jalan Kuching berhampiran Bulatan Segambut akan berlaku berikutan penutupan jalan di kedua-dua hala bagi memberi laluan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan perparitan.

Dalam satu kenyataan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, gangguan tersebut akan bermula malam ini, 24 September hingga 22 Oktober 2021 mulai pukul 10 malam hingga 5 pagi.

“Gangguan aliran trafik ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja penggantian Steel Plate kepada Corrugated Guardrails di lokasi berkenaan dilaksanakan,” katanya hari ini.

Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi semua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan dan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebarang kesulitan yang timbul.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas