Selebriti

Macam-macam ada di KL Urban Youth Festival 2021 sempena Jubli Emas Kuala Lumpur

Kesenian
- Diterbit 23 November 2021 4:19 AM MYT

BANYAK aktiviti penganjuran acara yang telah tertunda lebih dua tahun kini dapat dilaksanakan semula, setelah beberapa kelonggaran berperingkat Prosedur Operasi Standard ( SOP ) kawalan COVID-19.

Tidak terkecuali pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan kian giat menjalankan pelbagai simulasi acara hiburan untuk dinikmati oleh warga kota.

“Apabila penganjuran acara secara langsung dapat diaktifkan berpandukan SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN, DBKL terus merangka pelbagai acara sebelum ini antaranya KL Big Band, Konsert Rockestra Nostalgia dan KL Car Free Morning.

“Apa yang istimewa, pada 27 dan 28 November ini pula akan berlangsungnya KL Urban Youth Festival 2021 yang bakal diadakan di Panggung Anniversari , Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

“Ianya satu pengisian bersempena sambutan Jubli Emas Kuala Lumpur ke 50 Tahun yang akan datang, di mana program yang dijalankan ini bakal menghimpunkan aktiviti-aktiviti menarik seperti sukan ekstrem, eSports, pertandingan Beatbox & Breakdance, bengkel keusahawan, kelas muzik, bengkel seni kanak-kanak dan pelbagai lagi.

“Ini merupakan inisiatif DBKL dalam menyediakan ruang rehlah terbaik buat warga kota dan para pengunjung di Taman Botani Perdana,” ujar Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Ahmad.

PENGARAH Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Ahmad.

Menurut Khairul, penganjuran ini memberi peluang kepada penggiat industri untuk kembali bangkit.

“Penganjuran ini juga pastinya membantu menggerakkan kembali ekosistem penganjuran acara yang mana bakal membantu pelbagai penggiat industri ini “ ujar beliau lagi.

Acara yang bakal berlangsung selama dua hari ini (27 dan 28 November) akan bermula seawal pagi hingga malam membariskan aktiviti yang sinonim dengan kluster dan sub budaya anak muda di mana pada hari sabtu akan ditampilkan beberapa aktiviti utama seperti segmen Urban Showdown (Hip-Hop), FIFA21 Youth Championship (eSports) dan Battle at The Botanic (X-Games) dan akan disulami dengan pelbagai persembahan menampilkan artis utama seperti Bungaisme dan Strikeout.

Pada sesi malamnya pula akan diteruskan dengan acara KL Street Jam yang bakal menampilkan artis-artis menarik seperti Caramelt Band, Kristal, Mayabayu dan Fugo.

Sesi hari kedua pula akan diteruskan dengan acara Aerobikthon, pertandingan Digimon V-Pet, pertandingan Cosplay dan persembahan hasil bengkel KL Big band serta akan dihiburkan dengan persembahan dari Rina Hime, TIM dan lain-lain.

Warga kota akan terus dihiburkan dengan persembahan penutup festival ini dengan menampilkan persembahan hebat dari Monoloque , Aru Peruzza , Banyak Bunyik Republik dan Margasatwa sehingga jam 11 malam.

BUNGA dan Margasatwa antara artis yang memeriahkan Kuala Lumpur Urban Youth

Penganjuran KL Urban Youth Festival 2021 ternyata menjadi pusat aktiviti seni sehenti yang penuh dengan aktiviti menarik kepada golongan belia dan seisi keluarga .

Ianya disediakan secara percuma oleh DBKL. Kepada orang ramai yang berminat menyertai program ini, hendaklah mendaftar terlebih dahulu di www.tiny.cc/urbanyouth2021 atau hubungi 018-245 4612 (Puan Mas)

Ayuh beramai-ramai kita ke KL Urban Youth Festival @ Panggung Anniversari pada 27 dan 28 November ini. Jumpa anda di sana. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas