Biz

Yapiem perkenal tiga produk baharu

PARIHAH YAPIEM
PARIHAH pada sidang media memperkenalkan tiga produk baharu berkonsepkan gadaian di pejabat Yapeim hari ini.
- Diterbit 24 September 2019 6:12 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]
Foto NAZIRUL ROSELAN

KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi
Islam Malaysia (Yapeim) hari ini memperkenalkan tiga produk baharu berkonsepkan gadaian yang dikhususkan untuk membantu kelompok golongan berpendapatan rendah (B40).

Pemangku Ketua Pengarah Yapeim, Parihah Hasan berkata, produk-produk tersebut iaitu Ar-Rahnu Bisnes, Ar-Rahnu Emas dan Ar-Rahnu Didik diwujudkan selepas pihaknya mendapati terdapat ramai pelanggan Yapiem yang melakukan gadaian bagi mendapatkan sumber kewangan untuk tujuan berkenaan.

“Dalam pengakalan data kita, kebanyakan pelanggan membuat gadaian bagi mendapatkan duit untuk aktiviti perniagaan serta pendidikan. Mereka menggunakan aset yang ada untuk mendapatkan modal pinjaman bagi memulakan perniagaan.

“Berdasarkan rekod kita juga, pelangan-pelanggan ini akan menebus kembali emas mereka sebab ada banyak kenangan. Saya rasa yang tidak tebus hanya sekitar lima peratus sahaja,” katanya dalam sidang akhbar.

Menurut Parihah, kelebihan produk baharu itu adalah mempunyai margin pinjaman yang tinggi, upah simpan yang berbeza mengikut produk dan sesuai mengikut pelanggan Yapiem. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas