Selebriti

Video cabaran ‘Lathi’ puja syaitan? Ini jawab ANAS ZAHRIN

|ANAS Zahrin ada alasan tersendiri melakukan cabaran Lathi||Kreativiti yang ditonjolkan Anas mendapat pujian ramai
- Diterbit 11 Jun 2020 12:08 AM MYT

KATA orang, ada waktunya berdiam diri itu lebih baik jika bersuara boleh memburukkan lagi keadaan. 

Itulah tindakan yang diambil oleh pengasas produk kosmetik terkenal ANAS Cosmetics, Anas Zahrin yang menyahut cabaran Lathi atau ‘Lathi Challenge’.  

Walaupun dikritik agamawan dan beberapa artis, Anas mengambil pendekatan tidak mahu memberi komen atau maklum balas kepada mereka. Diam itu lebih baik. 

Cabaran Lathi yang menyaksikan transformasi wajah cantik menjadi hantu melalui teknik solekan dikatakan menyalahi syarak.

ANAS Zahrin ada alasan tersendiri melakukan cabaran Lathi

Menurut agamawan, hukum bagi cabaran itu adalah haram disebabkan beberapa faktor selain menyalahi syarak.

Antaranya adalah cabaran ‘Lathi’ ini sendiri dilihat daripada sudut agama mempunyai unsur syirik seperti memuja syaitan, mencemar kemuliaan wajah kurniaan Allah dan sebagainya. 

“Setiap orang ada pandangan, reaksi dan terjemahan masing-masing dalam hal ini. Ia sangat subjektif. Ada yang menerima dan sebaliknya.

ANAS lebih selesa tidak menjawab kepada Komen agamawan dan pengkritik lain

“Saya menerima semua komen dengan hati terbuka dan lapang dada. 

“Mengejutkan saya apabila ramai yang memuji usaha saya menampilkan transisi solekan yang rata rata melihatnya cukup sempurna dan kreatif.

“Lebih utama saya mahu orang ramai menghargai sentuhan dan bakat jurusolek tidak mengira samada komersial atau kesan khas,” katanya.

Disukai masyarakat Indonesia

Dalam pada itu, ramai yang mengagumi usaha Anas ini. Penyanyi, komposer, warganet dari seberang, Indonesia termasuk Instafamous terkenal, Mimi Peri juga melayangkan ucapan pujian kepadanya.

Malah penyanyi asal lagu Lathi  dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Weird Genius secara kolaborasi bersama penyanyi cantik molek Sara Fajira, memberikan komen yang sangat membina buat anak muda dari Malaysia ini

Ini menjadi salah satu platform terbaik buat anak muda ini untuk membuka mata semua bahawa, hasil seni sebegini juga boleh di terima sehingga ke negara seberang.

Kreativiti yang ditonjolkan Anas mendapat pujian ramai

Tak ketinggalan selebriti tempatan seperti Datin Diana Danielle, Zulin Aziz, Bella Astillah, Uyaina Arshad, Nadiyah Shahab serta ramai lagi juga memuji usahanya itu

Sebelum ini, video  transformasi wajah lelaki biasa kepada putera jawa seterusnya  menjadi sosok seram menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi. 

 Apa yang menarik, video yang dimuat naik itu juga ditonton hampir 600,000  orang selain lebih 7 ribu komen diterima dan mendapat reaksi lebih 20 juta di laman Twitter & Instagram, membuatkan video yang di muat naik Anas antara yang terbaik di Malaysia dan Indonesia setakat ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas