Hamil 19 minggu, FARAH NABILAH sujud syukur!

Hamil 19 minggu, FARAH NABILAH sujud syukur!

PELAKON Farah Nabilah melahirkan rasa syukurnya apabila mendapati dirinya hamil 19 minggu. 

“Pada mulanya saya rasa pelik sebab tidak datang bulan. Nak kata hamil, muntah-muntah pun tak ada. Saya terus uji kehamilan dan ianya positif! 

“Alhamdulillah.. Saya terus sujud syukur kerana terharu dengan kurniaan Allah ini. Perasaan saya ketika itu hanya Allah yang tahu. Sukar digambarkan dengan kata-kata.

FARAH Nabilah mengidam banyak makanan sejak hamil

“Kemudian, saya rancang untuk buat kejutan untuk suami. Saya tinggalkan alat uji kehamilan dalam tandas, ternyata suami saya betul-betul terkejut. Dia seronok sangat,” luahnya ketika dihubungi Wilayahku. 

Pemilik nama sebenar Farah Nabilah  Saipuddin, 28, atau lebih mesra disapa Fawa mengaku selera makannnya menjadi-jadi.

” Sekarang kandungan sudah berusia 19 minggu. Buat Masa ni memang tak ada apa-apa alahan.

“Cuma dalam trimester pertama ni Tak bolehlah makan ayam. Risau jadi apa-apa. 

“Kalau ikutkan saya mengidam semua makanan. ‘Bahaya’ ni,” katanya sambil ketawa.

Farah Nabilah berkahwin dengan juruterbang Mohammad Amirul Yunus pada 20 Disember tahun lalu.

Pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 ini popular dengan drama bersiri Titiam Cinta, Cik Reen Encik Ngok Ngek, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan banyak lagi. 

 

CATEGORIES
TAGS