Selebriti

Lelaki tunjuk kemaluan ganggu SITI lagi!

|Tulis Siti di Instagram Story miliknya|
- Diterbit 12 Jun 2020 12:05 AM MYT

PENYANYI nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza,41, rasa terganggu dan agak cemas apabila lelaki kurang siuman yang pernah menunjukkan kemaluan di hadapan kediamannya lima tahun dahulu kembali ‘buat hal’. 

Pelantun lagu Basyirah ini menerusi Instagram Story miliknya, Siti memaklumkan lelaki itu bertindak menjerit-jerit di hadapan rumahnya semalam (Khamis).

Tulis Siti di Instagram Story miliknya

“Tolong! Macam mana nak buat! Ingat tak orang tak siuman yang pernah buat kacau di rumah saya dulu dah pernah masuk penjara dan surat khabar, kini menjelma kembali.

Serba salah jadinya… Menjerit-jerit depan rumah. Tolong polis,” luah Siti.

sebelum ini pada tahun 2015, Siti berdepan pengalaman mencemaskan apabila seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah.

Kemudian, lelaki berusia 49 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas didapati bersalah.

Menerusi status sama, Siti turut meminta bantuan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Semoga segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas